SELAMAT MENJENGUK KAT BLOG SERABUT AKU NIH

Saturday, 28 April 2012

bodo mia jantan. tu kot gelaran yang paling sesuai untuk hang. kan....~

aku remove hang dari fb bukan saja2 tau. aku tak nak hang sakit hati bila tengok aku post about us. aku tau hang tersiksa bila tengok aku dengan dia. that why la kan aku remove hang. tapi last skali.. hang block aku? ceh.... berani betoi!

alang2 nak block fb aku..awat tak block aku kat blogger sama? ehh..ada hati lagi nuh nak jadi follower aku. tak payah la.. menyemak. even follower aku tak banyak macam hang. aku tak sudi ehh nak friend dengan hang kat dunia mengarut aku nih. semak tau dak??

ee.. benci la ngan hang nih. sungguh aku benci.


Tuesday, 24 April 2012

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita



Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Saturday, 21 April 2012

21/04/2012

sumpah aku bahagia. apa yang dia suka. aku juga suka. sunset bersama Dia. its beautifull moment.

cadangnyer tak nak keluar.aku lah yang menolak. Konon nak study. tapi last sekali aku yang call dia then ajak keluar. hehe.. rindu punya pasai. lepak kat RnR pineng sampai malam. menunggu matahari terbenam bersama sama. 

dia asyik tenung aku ja...malu di buatnyer, >< HAHA .

dia ajar aku guna DSLR dia.. dia belanja aku. dia bawak aku jalan2 pusing pineng. dan dia buad aku ketawa tak berhenti.  

im sure he's the best choice. 

  .nie hasil nyer.

tingginya sayang aku,, ! ><



  
dok tengah pikiaq nak makan apa satgi.  ^^

tak lawa pon..HAHA.. sebab aku bukan reti snap pic pon. HAHA .
tak dak bakat nak jadik photographer langsung lha!  

Sunday, 15 April 2012

rindu dia.. dalam jiwa aku hanya ada dia.dia.dia. 

aku macam angau. kekadang senyum sorang sorang bila teringat telatah dia yang mencuit hati tho..

yea...aku jatuh cinta.


Saturday, 14 April 2012

setahun dahulu awak tak peduli masa kali saya terakhir saya panggil awak sebelum awak pergi.pandang belakang sikit pon tak. why did u come back now??setahun dulu saya perlu explain semuanya bukan salah kita,hanya kerja khianat orang sekeliling, tapi awak cakap "malas nak dengar!"sampai kita berpisah. Whay do you think the explanation is important to u now??

setahun dahulu, saya mintak peluang sekali lagi, awak ketawa dan sindir saya. kenapa sekarang beria ria memberi peluang yang tak diperlukan lagi tho?? 

yea..mungkin awak dah sedar how damn much i love u...dan saya jugak sedar yang awak tak layak untuk mendapatkat that ''damn-much love!!!! go!!!!
hanya 5 bulan kami sempat bersama..

Tuhan dah menjemput dia pada rabu 11/04/2012

tak tau kenapa sejak dia tak der..aku selalu ingat dia..mungkin bukan aku sorang je..tapi kawan2 yang lain jugak ingat dia..macam tak boleh terima yang dia dah tak da..macam baru semalam baru kami jumpa. 5 bulan tuh adalah satu jangka masa yang sangat pendek.. lagi seminggu nak final..ingatkan semua dapat harungi final tu bersama2..tapi Tuhan lebih sayangkan dia..dia disahkan meninggal sebab kejutan elektrik..puncanya charger laptop..!

time aku pergi ziarah, aku tengok ada kesan melecur kat dada dia..betul2 jantung dia..mungkin tuh puncanya...pihak hospital buad posmotem.. wajah dia tenang sangat..seolah2 dia tengah tidur..
malam sebelum kejadian tuh, kami ada oral presentation..tapi dia tak datang..lecturer marah sangat dengan dia...tapi pukul 1 pg lecturer dapat panggilan dari keluarga arwah..mengatakan yang arwah dah tak der...lecturer tho sebaklah...tunggu lagi..!

sebelum dia pergi tu banyak jugak tanda2 yang dia nak meninggalkan kami semua..mungkin time tu kami tak perasan..lepas arwah meninggal baru kami sedar..

dia sahabat yang sangat  baik..pendiam..manis...sopan..tutur kata dia penuh beradab..kami kehilangan seorang sahabat yang mungkin tiada galang ganti..

SAHABAT:: 
tenanglah awak disana..kami kat sini akan sentiasa sedekahkan doa dan Fatihah untuk awak.

MUHD FARHAN


SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Saturday, 7 April 2012

terima kaseh Mr..

awak berjaya jatuhkan airmata saya..

saya WANITA..yang nak dicintai dengan ikhlas, setia pada yang satu. kalau awak betol2 sayangkan saya. hargailah saya. jangan buad saya tawar hati dengan awak.

bolehkan awak?

Boleh awak janji pada saya?

janjilah awak yang awak akan jaga hati saya sebaik mungkin..

BERJANJILAH